[av_textblock size=” font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” admin_preview_bg=”]
Kitab Tuhfah al-Thullab atau judul penuhnya “Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab ” merupakan karya Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H). Kitab ini adalah huraian (syarah) Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari bagi kitab karya beliau sendiri, iaitu kitab “ Tahrir Tanqih al-Lubab ”. Oleh itu, kitab Tuhfah al-Thullab juga lebih dikenali sebagai kitab Syarh al-Tahrir.

Manakala Kitab Tahrir Tanqih al-Lubab pula adalah ringkasan (mukhtashar) bagi Kitab Tanqih al-Lubab karya al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ), iaitu sebuah ringkasan bagi kitab karya Imam Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ) yang berjudul al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i.

Di samping kitab syarahnya, Syaikh al-Islam juga telah meringkas kembali kitab al-Tahrirnya dengan kitab lain yang berjudul al-Taysir iaitu sebuahr ingkasan kitab al-Tahrir yang disusun dalam bentuk nazam.

Ketokohan dan keilmuan pengarangnya yang tinggi telah mengangkat kedudukan kitab Tuhfah al-Thullab ini sebagai rujukan fiqh popular di kalangan ulama mazhab al-Syafi’i. Kitab ini telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa ulama, antaranya;

1. Syihabuddin bin Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi (1069H).
2. Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Syawbari al-Syafi’i (1069H).
3. ‘Abdul Bar binAbdullah al-Ajhuri (1072H), dengan karyanya “Minhah al-Ahbab bi Syarh Tuhfah al-Thullab
4. Syamsuddin Muhammad bin Dawud bin Sulaiman al-‘Inani (1098H), dengan karyanya “Fath al-Karim al-Wahhab ‘ala Syarh Tanqih al-Lubab”.
5. Hasan bin ‘Ali bin Ahmad al-Manthawi al-Mudabighi al-Syafi’i (1170H).
6. ‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H), dengan kitabnya “Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Thullab bi Syarh. Tanqih al-Lubab”.

Catatan Tambahan:

Sebagai catatan tambahan, selain Kitab Tuhfah al-Thullab karya Syaikh al-Islam ini, Kitab al-Tahrir (Tahrir Tanqih al-Lubab) juga telah disyarahkan pula oleh beberapa ulama, antaranya;

1. al-Imam Syamsuddin, Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad Syihabuddin al-Ramli al-Munufi, yang terkenal sebagai al-Syafi’i al-Shaghir (919-1004 H).

2. al-Imam Zaynuddin ‘Abdul Rauf bin ‘Ali al-Munawi al-Syafi’i (1031H) dengan karyanya yang berjudul “Ihsan al-Taqrir bi Syarh al-Tahrir”

3. Syaikh Shadiq Habannakah al-Maidani dengan karyanya Syarh Tuhfah ath-Thullab bi Syarh Tanqih al-Lubab fiy Madzhab al-Syafi’i.
[/av_textblock]

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Chat
1
Assalamualaikum, ada yang bisa kami bantu ?